LaraMag

collapse
Home / POLITIK / DS PEJA AZUMU DIUMUM TIMBALAN PRESIDEN BERSATU

DS PEJA AZUMU DIUMUM TIMBALAN PRESIDEN BERSATU

Aug 23, 2020  Admin Perak Kini  1,538 views
Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin diumum sebagai Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) secara rasmi hari ini bagi penggal 2019 hingga 2022. Sementara itu, Menteri Besar Perak Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu diumumkan sebagai Timbalan Presiden Bersatu bagi tempoh yang sama. Kedua-dua mereka merupakan calon tunggal yang bertanding bagi jawatan berkenaan untuk penggal ini manakala jawatan bagi Pengerusi parti tidak ditandingi oleh mana-mana individu.
Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan parti Tan Sri Syed Hamid Albar berkata tiga Naib Presiden yang dipilih pula ialah Menteri Pertanian dan Industri Makanan Datuk Seri Dr Ronald Kiandee, Menteri Kanan Pendidikan Dr Radzi Jidin dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Paya Rumput Datuk Mohd Rafiq Naizamohideen. "Seramai 23,438 perwakilan telah mengundi semasa persidangan bahagian yang telah berlangsung di seluruh negara semalam," katanya dalam kenyataan hari ini. Beliau berkata daripada 179 bahagian yang layak bersidang, 177 bahagian telah berjaya mengadakan persidangan manakala dua bahagian gagal bersidang kerana ketiadaan korum.
Menurutnya pada pemilihan julung kali diadakan itu, perwakilan turut memilih Pengerusi Tetap, Timbalan Pengerusi Tetap dan 20 Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi. Antara ahli Majlis Pimpinan Tertinggi ialah Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) Datuk Seri Mustapa Mohamed, Timbalan Menteri Pertahanan Datuk Seri Ikmal Hisham Abdul Aziz, Timbalan Menteri Kerja Raya Datuk Eddin Syazlee Shith dan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang) Datuk Shabudin Yahaya. Berikut merupakan keputusan rasmi pemilihan Majlis Pimpinan Tertinggi bagi penggal 2019-2022:
Pengerusi Tetap: Senator Datuk Mohd Suhaimi Abdullah Timbalan Pengerusi Tetap: Datuk Hashim Suboh Presiden: Tan Sri Muhyiddin Yassin Timbalan Presiden: Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu Naib Presiden: Datuk Seri Ronald Kiandee Dr Radzi Jidin Datuk Mohd Rafiq Naizamohideen Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi: 1.Datuk Seri Ikmal Hisham Abdul Aziz 2.Abdul Hakim Gulam Hassan 3.Datuk Zainol Fadzi Paharudin 4.Datuk Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid 5.Senator Datuk Razali Idris 6.Datuk Eddin Syazlee Shith 7.Datuk Seri Mustapa Mohamed 8.Wan Saiful Wan Jan 9.Azlinda Abdul Latif 10.Mohd Taufik Yaacob 11.Mohd Rafiq Mohd Abdullah 12.Datuk Seri Lajim Ukin 13.Datuk Suhaili Abdul Rahman 14.Datuk Dr Saharuddin Jamal 15.Datuk Mohamed Farid Mohamed Zawawi 16.Mohd Zulkifli Zakaria 17.Mohd Yazid Mohd Yunus 18.Datuk Shahbudin Yahaya 19.Datuk Rosol Wahid 20.Shamsilah Siru   -- BERNAMA

Share:

Your experience on this site will be improved by allowing cookies.