LaraMag

collapse
Home / UTAMA / DS Peja Azumu bersumpah tidak ada kena mengena dengan syarikat ambil alih Perak FC

DS Peja Azumu bersumpah tidak ada kena mengena dengan syarikat ambil alih Perak FC

Nov 28, 2021  Admin Perak Kini  2 views
Oleh Rosdalilah Zahari IPOH - “Wallahi, wabillahi, wataallhi saya tidak ada kena mengena dengan syarikat yang mengambil alih Perak FC," kata Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu. Beliau berkata demikian bagi menepis khabar angin yang disebarkan netizen di media sosial yang kononnya beliau adalah individu sebalik pengambilalihan Perak FC daripada sebuah syarikat pengiklanan, Impact Media & Communication (IMC) Sdn Bhd baru-baru ini. "Kepada mereka yang telah memiliki Perak FC saya ucapkan selamat maju jaya. Mesti beringat bahawa rakyat dan para penyokong bola sepak di Perak ini berharapan besar untuk melihat pasukan ini berjaya dan menjadi satu kuasa bola sepak yang besar dalam negara," ujarnya pada sidang media selepas merasmikan Program Derma Darah anjuran Perak FoodBank bersama Kelab Kiwanis Jelapang di Dewan Serbaguna Kampung Tersusun Tawas Tambahan, di sini, hari ini. Sebelum ini media melaporkan, Pafa mengumumkan Impact Media & Communication (IMC) Sdn Bhd sebagai pemilik baharu Perak FC selepas 100 peratus pegangan saham badan induk itu dijual kepada syarikat berkenaan. Pemangku Presiden PAFA, Datuk Muhammad Yadzan Mohammad berkata keputusan itu yang berkuat kuasa hari ini, diambil selepas melihat kesungguhan syarikat berkenaan bagi proses pengambilalihan itu.

Share:

Your experience on this site will be improved by allowing cookies.