LaraMag

collapse
Home / UMUM / D'Polo Cafe beroperasi tengah hari, rai anak yatim sempena pembukaan hari ini

D'Polo Cafe beroperasi tengah hari, rai anak yatim sempena pembukaan hari ini

Jun 11, 2022  Ramli Ahmad Rozali  2 views
Oleh Rosdalilah Zahari IPOH - D'Polo Cafe meraikan 70 anak-anak yatim dari Yayasan Amanah An Nur Maisarah, Chemor sempena pembukaan hari pertama kafe tersebut yang menawarkan juadah makan tengah hari yang diadakan di Jalan Brash, di sini pada Sabtu. Wakil Yayasan Amanah An Nur Maisarah, Azizah Abd Hamid mengucapkan terima kasih kepada Pengarah Urusan D'Polo Cafe, Roslan Zainal Abidin dan Ketua Whip Ahli Majlis Majlis Bandaraya Ipoh (MBI), Datuk Mazlan Abd Rahman yang cakna dengan menjemput mereka memeriahkan majlis pembukaan pada hari ini. Menurutnya, ini bukan jemputan kali pertama malah pada bulan Ramadan lalu mereka sering diundang untuk berbuka puasa di kafe berkenaan. "Jadi, di kesempatan ini kami ingin memohon Kerajaan negeri untuk memberi perhatian kepada penempatan yang didiami anak-anak terbabit supaya dapat membantu menaik taraf prasarana sedia ada demi keselesaan mereka. "Sekarang kami sedang mencari dana untuk membaik pulih prasarana sedia ada dan sangat berharap jasa baik Kerajaan negeri atau sesiapa sahaja yang dapat membantu. "Sekali lagi saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Encik Lan yang sentiasa membantu rumah anak yatim kami," katanya. Dalam perkembangan berkaitan, Mazlan memuji inisiatif D'Polo Cafe yang sentiasa prihatin dengan mendekati anak yatim serta melakukan aktiviti yang memberi manfaat kepada masyarakat khususnya untuk golongan B40. "Hari ini D'Polo Cafe beri makanan kepada 70 orang anak yatim. Kafe ini mempunyai lokasi strategik dan warga Ipoh kini boleh menikmati makan tengah hari di sini. "Selain itu, pelajar Universiti Perguruan Sultan Idris (UPSI) Tanjung Malim turut bersama-sama kerana mereka mengadakan program Kaunseling Penyalahgunaan Bahan bagi mendidik anak-anak yatim tentang bahaya dadah," katanya. Beliau berharap kafe terbabit akan dilimpahkan rezeki dengan meneruskan kerja-kerja amal seperti ini dari semasa ke semasa. Sementara itu, Roslan berkata sebenarnya kafe itu sudah lama beroperasi tetapi hanya dibuka pada sebelah petang sehingga malam dengan menawarkan konsep 'food court' kepada pengunjung. Menurutnya, dia membuat keputusan untuk membuka kafe berkenaan untuk makan tengah hari bagi menyahut saranan Datuk Bandar Ipoh, Datuk Rumaizi Baharin @ Md Daud yang menggalakkan peniaga untuk lebih banyak premis menjual makanan dibuka pada waktu tersebut. "Kami menjalankan operasi pada waktu tengah hari kerana menyahut saranan Datuk Bandar untuk menyediakan satu kawasan menjual makanan tengah hari yang boleh memuatkan kapasiti besar di bandar raya ini. "InsyaALLAH jika ada rezeki kami akan cuma menyediakan tempat untuk 400 ke 500 orang pada satu-satu masa. "Terima kasih diucapkan kepada Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) kerana membantu peniaga seperti kami untuk bangun semula ketika waktu endemik ini," katanya. Katanya, menu yang akan dijual adalah lauk kampung dan orang ramai boleh membuat pilihan antara 100 ke 120 lauk di kafe berkenaan. "Kafe ini dibuka setiap hari kecuali Jumaat bermula jam 11 pagi hingga 4 petang manakala pada sebelah malam dari jam 4.30 petang hingga 12 tengah malam," jelasnya. #PerakKini #DPoloCafe #rai #anakyatim #Ipoh #Perak  

Share:

Your experience on this site will be improved by allowing cookies.