LaraMag

collapse
Home / UMUM / Di mana Nur Amira?

Di mana Nur Amira?

Sep 12, 2023  Ramli Ahmad Rozali  2 views
Oleh Rosdalilah Zahari IPOH - Remaja perempuan dipercayai hilang selepas keluar dari rumah keluarganya di Taman Chandan Desa, Kampung Kepayang dekat sini pada Ogos. Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Yahaya Hassan berkata, polis menerima laporan polis berhubung kehilangan remaja terbabit, Nur Amira Abdullah, 16, yang dibuat oleh abangnya di Balai Polis Simpang Pulai pada 21 Ogos lalu. "Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan mangsa mohon tampil ke balai polis berhampiran atau berhubung terus dengan Penolong Pegawai Penyiasat Jenayah, Sarjan Nur Azliza Nordin di talian 019-240 3392 bagi membantu siasatan," katanya dalam kenyataan hari ini. #PerakKini #PDRM #remaja #hilang #RBZ  

Share:

Your experience on this site will be improved by allowing cookies.