LaraMag

collapse
Home / UMUM / DATUK BANDAR IPOH MERASMIKAN PEMBUKAAN RESTORAN MR ROASTED GREENTOWN BERSAMA ANAK YATIM

DATUK BANDAR IPOH MERASMIKAN PEMBUKAAN RESTORAN MR ROASTED GREENTOWN BERSAMA ANAK YATIM

Aug 01, 2024  Ramli Ahmad Rozali  2 views
IPOH, 31 Julai - Datuk Bandar Ipoh, Dato' Rumaizi Baharin@Md Daud hadir meraikan anak yatim serta merasmikan pembukaan Restoran Mr Roasted Greentown bertempat di Greentown Ipoh petang semalam.   Menurut Rumaizi Baharin , Jabatan Kesihatan Persekitaran Majlis Bandaraya Ipoh menjalankan pemantauan secara rutin dan berkala di semua premis establisymen makanan yang dilesenkan dibawah MBI.   Sehingga Jun 2024, sebanyak 953 (30%) daripada 3200 premis makanan telah mencapai pengiktirafan sijil gred A dan sebanyak 2203 (69%) mencapai sijil gred B dan selebihnya sebanyak 44 (1.0%) premis mencapai gred C.   "Adalah dimaklumkan bahawa pengiktirafan sijil gred A adalah sah untuk tempoh 2 tahun dari tarikh dikeluarkan dan bagi pemilik premis yang memiliki sijil gred B boleh mengemukakan permohonan untuk naik gred di Tingkat 5, Jabatan Kesihatan Persekitaran MBI. Permohonan akan diproses dalam tempoh 2 minggu bagi menilai semula dan sekiranya premis memperolehi markah 86% dan ke atas, layak diberi sijil gred A,"ujar beliau kepada pemberita.   Premis yang mendapat gred A akan menjamin persekitaran yang bersih serta penyediaan makanan yang selamat dan berkualiti. seterusnya dapat merancakkan industri gastronomi dengan kehadiran pelancong tempatan dan luar negara.   Penguasa-penguasa establisymen makanan boleh bergerak seiring dengan kemajuan bandaraya Ipoh sejajar dengan sasaran Ipoh bandar pelancongan utama negara 2025.   Disediakan oleh Azizi Latif

Share:

Your experience on this site will be improved by allowing cookies.