Oleh Rosdalilah Zahari
IPOH - DAP masih rakan setia di bawah Kerajaan Perpaduan dan bukan 'abang besar' komponen parti itu seperti didakwa sesetengah pihak.
Naib Pengerusi DAP, Nga Kor Ming berkata sebaliknya DAP dan Barisan Nasional (BN) sentiasa bekerjasama dalam penuh harmoni sebagai satu pasukan di bawah kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
"Selama ini kami bekerja sebagai satu pasukan kerana percaya kami lebih kuat jika bekerjasama (We work as a team because we believe we are stronger together).
"Perikatan Nasional (PN) terlalu taksub dengan pemikiran kolot dan jumud sehingga mengeluarkan pandangan yang tidak berasas," katanya.
Beliau berkata demikian bagi mengulas kenyataan Naib Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Dr Radzi Jidin yang menyatakan DAP masih bertindak sebagai 'abang besar' serta tidak mempedulikan saranan rakan gabungan itu sekali gus akan mengekalkan perjuangan parti mereka.
Kor Ming berkata kepada media sewaktu Program Sentuhan Kasih Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) di Medan Selera Taman Perpaduan di sini pada Isnin.
Hadir sama, Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan dan Pembangunan) KPKT, Muhammad Razman Abu Samah dan Exco Perumahan dan Kerajaan Tempatan Negeri, Sandrea Ng Shy Ching.
#PerakKini #DAP #BN #UMNO #RBZ