LaraMag

collapse
Home / UMUM / Dakwaan lebihan RM9 juta subsidi minyak masak, KPDN sedia disiasat

Dakwaan lebihan RM9 juta subsidi minyak masak, KPDN sedia disiasat

Apr 15, 2023  Ramli Ahmad Rozali  2 views
Oleh Rosdalilah Zahari IPOH - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) akan memberi kerjasama penuh kepada pihak berkuasa berkaitan berhubung dakwaan pembayaran lebihan RM9 juta subsidi minyak masak yang berlaku tahun lalu. Ketua Setiausahanya, Datuk Azman Mohd Yusof berkata beliau telah dipanggil pada tahun lalu untuk memberi keterangan berhubung perkara itu kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Menurutnya, keterangan yang diberikan kepada SPRM adalah berkenaan proses-proses berhubung pengagihan minyak bersubsidi. "Tahun lepas kita telah dipanggil (SPRM) bukan untuk siasatan (tapi) lebih kepada (memberi) keterangan sebab dalam pembelian minyak masak bersubsidi. "Bagaimanapun, kita sedia beri kerjasama dengan siapa sekali pun. Setakat ini, saya bekerjasama dengan baik dengan Bukit Aman yang banyak membantu saya menyelongkar tentang kes-kes penyeludupan minyak masak dan diesel," katanya. Beliau berkata demikian bagi menjawab laporan sebuah portal berita yang mendakwa KPDN telah berbelanja berlebihan untuk minyak masak bersubsidi pada tahun lalu.      

Share:

Your experience on this site will be improved by allowing cookies.