LaraMag

collapse
Home / UMUM / Cuci kereta dapat Jalur Gemilang percuma

Cuci kereta dapat Jalur Gemilang percuma

Aug 07, 2023  Ramli Ahmad Rozali  2 views
Oleh Rosdalilah Zahari IPOH - Pusat Cucian Kenderaan Kazoku mengambil inisiatif memberikan Jalur Gemilang secara percuma kepada pelanggan selepas melihat masih ramai dalam kalangan masyarakat belum mengibarkan bendera sempena Bulan Kebangsaan ini. Pengurusnya, Abdul Salim Putera Ahmad Shibi berkata, idea untuk mengedarkan bendera itu secara percuma tercetus selepas melihat kediaman dan premis perniagaan di sekitar bandar raya ini kurang mengibarkan Jalur Gemilang. Menurutnya, pemberian Jalur Gemilang secara percuma ini dilaksanakan sejak minggu pertama bulan Ogos. Katanya, setakat ini sebanyak 100 Jalur Gemilang diedarkan kepada pelanggan yang mencuci kenderaan di premisnya itu. "Saya menyeru supaya rakyat Malaysia lebih bersemangat untuk kibar Jalur Gemilang bagi menunjukkan semangat cintakan negara. "Selain itu saya berharap supaya lebih ramai peniaga, usahawan dan kakitangan kerajaan yang memasang bendera di premis atau kenderaan masing-masing sempena Bulan Kebangsaan ini," katanya. Abdul Salim Putera berkata, orang ramai yang ingin mendapatkan perkhidmatan mencuci kenderaan boleh datang ke pusat cucian kereta yang terletak di Pekan Razaki. Katanya, harga cucian kenderaan bermula serendah RM7 bagi motosikal dan RM8 bagi kereta. "Pusat cucian kenderaan ini beroperasi setiap hari dari jam 9 pagi hingga 8 malam kecuali Jumaat," jelasnya. #PerakKini #BulanKebangsaan #cucikereta #JalurGemilang #benderapercuma #RBZ

Share:

Your experience on this site will be improved by allowing cookies.