Oleh: MUBIN SALEH
Saya tertarik dengan tulisan FB kawan lama saya Howard Lee 李存孝 semalam. Dan saya percaya ramai orang lain lagi yang biasa berurusan dia pasti tertarik dengan kepetahan berbahasa Melayu Ketua Pemuda DAP Malaysia ini.
Semalam, ADUN DAP ini yang terlibat dalam gerakan menjatuhkan Menteri Besar Perak ke 12 telah menulis kisahnya yang datang melawat sebuah keluarga di kawasan Chenderiang iaitu di kawasan YB Dato’ Seri Ahmad Faizal Azumu. Keprihatinannya terhadap golongan yang memerlukan wajar dipuji walaupun jauh dari kawasannya sendiri di Pasir Pinji. Dengan bahasa puitis di facebooknya, dia telah berjaya menarik simpati ramai orang pada kisahnya. Seperti telah menjadi ‘trend’ sekarang ini, muncul beberapa ADUN DAP yang popular dengan cerita membantu kesusahan orang Melayu di media sosial. Tak mengapa, kita bersangka baik sahaja lah ‘bantuan’ dari DAP ini terhadap orang Melayu itu.
Namun, tindakan ADUN DAP ini menabur fitnah bahawa Pejabat DUN Chenderiang tidak memberi bantuan dan kononnya ADUN telah menghantar gangster untuk memaksa individu yang dibantu tersebut memadam postingnya di facebook amatlah dikesali.
Dibawah ini saya sertakan gambar-gambar ‘gangster’ yang telah datang melawat memberi duit sumbangan dan bantuan ke rumah keluarga tersebut beberapa kali sebelum ini. Saya sedar, walaupun Ketua Pemuda DAP Malaysia tersebut fasih berbahasa Melayu namun sebagai bukan Islam, dia kurang memahami tentang agama kita.
Untuk makluman YB, di 10 hari terakhir Ramadhan ini, kami umat Islam disarankan supaya melipat gandakan amal ibadah mendekatkan diri dengan tuhan.Ibadah itu bukan sahaja solat dan berpuasa malah antara akhlak orang yang berpuasa ialah menjaga lidah dan mulut dari berkata perkara yang sia-sia. Lebih teruk lagi jika mulut atau kata kita memfitnah orang lain yang dosanya lebih besar dari membunuh.
Tujuan saya menulis ini bukanlah kerana mahu mencari ‘pasal’ dengan sesiapa di bulan yang mulia ini tapi hanyalah mahu menyatakan perkara yang benar sahaja bagi pihak Pejabat ADUN Chenderiang.
“Setiap amalan anak Adam itu untuk dirinya sendiri kecuali ibadah puasa kerana puasa adalah untuk-Ku dan Aku sendirilah yang akan membalasnya. Puasa itu adalah perisai. Apabila suatu hari salah seorang antara kalian berpuasa, maka janganlah dia berkata kotor dan jijik. Apabila ada seseorang yang mencelanya atau memusuhinya, maka hendaklah dia berkata, ‘Sesungguhnya aku sedang berpuasa.”
(Hadis Muttafaqun ‘Alaihi).
Perak Kini 2021