LaraMag

collapse
Home / JENAYAH / Cebisan tulang, serpihan jentera ditemui di lokasi dua pekerja kuari tertimbus pada Mac lalu

Cebisan tulang, serpihan jentera ditemui di lokasi dua pekerja kuari tertimbus pada Mac lalu

Sep 20, 2022  Ramli Ahmad Rozali  2 views
Oleh Rosdalilah Zahari IPOH - Pasukan mencari dan menyelamat (SAR) menemui serpihan jentera, cebisan tulang dan rangka manusia pada Selasa di lokasi dua pekerja kuari yang hilang selepas tertimbus dalam kejadian di Kuari Danshak, Jalan Simpang Pulai-Cameron Highlands, kira-kira tujuh bulan lalu. Ketua Polis Perak, Datuk Mohd Yusri Hassan Basri dalam satu kenyataan memaklumkan Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak menerima maklumat daripada pengusaha kuari berhubung penemuan serpihan jentera yang disyaki dikendalikan salah seorang mangsa yang tertimbus di bawah runtuhan semasa kejadian berlaku pada jam 8.30 pagi tadi. Menurutnya, SAR yang diketuai Ketua Polis Daerah Ipoh dengan dibantu Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak dan Jabatan Mineral dan Geosains (JMG) Perak telah berjaya menemui cebisan tulang dan rangka manusia di dalam sebahagian kabin jentera di lokasi kejadian. "Susulan penemuan cebisan tulang dan rangka manusia oleh pasukan SAR itu dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) untuk tujuan bedah siasat dan ujian asid deoksiribonukleik (DNA) bagi pengesahan identiti mangsa. "Operasi SAR di lokasi kejadian diteruskan untuk mengesan rangka jentera yang lain yang dipercayai masih tertimbus di bawah runtuhan batu tersebut," katanya. Sebelum ini media melaporkan dua pekerja kuari yang dipercayai tertimbus runtuhan batu dikenali sebagai Itam Lasoh, 43, dan Kheow Loo Siew Soon, 49 pada 8 Mac lalu. #PerakKini #tertimbus #ditemui #kuariSimpangPulai  

Share:

Your experience on this site will be improved by allowing cookies.