LaraMag

collapse
Home / UMUM / Cadang Masjid Al-Ihtidaiyah yang berusia lebih 100 tahun jadi bangunan warisan

Cadang Masjid Al-Ihtidaiyah yang berusia lebih 100 tahun jadi bangunan warisan

Apr 13, 2022  Admin Perak Kini  2 views
Oleh Rosdalilah Zahari IPOH - Masjid Al-Ihtidaiyah yang tersergam indah di Jalan Tambun atau dikenali sebagai Masjid Lama Tambun adalah masjid tertua di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Hulu Kinta.   Dibina pada 1912, masjid berusia 110 tahun itu masih utuh dan mengekalkan binaan lama serta baharu untuk kegunaan penduduk setempat.   Beberapa tahun sebelum itu, penduduk solat berjemaah di madrasah (kini menjadi kediaman penduduk) yang berada di hadapan masjid berkenaan.   Ketua Whip Ahli Majlis Majlis Bandaraya Ipoh (MBI), Datuk Mazlan Abd Rahman berkata masjid itu sesuai dijadikan bangunan warisan di negeri ini dalam usaha menarik lebih ramai pelancong mengunjungi tempat bersejarah itu. [caption id="attachment_1806" align="aligncenter" width="300"] Gambar lama Masjid Al-Ihtidaiyah sebelum diubah suai.[/caption] [caption id="attachment_1807" align="aligncenter" width="300"] Madrasah lama yang digunakan sebelum Masjid Al-Ihtidaiyah dibina pada tahun 1912.[/caption] [caption id="attachment_1808" align="aligncenter" width="300"] Ketua Whip Ahli Majlis MBI, Datuk Mazlan Abd Rahman menyampaikan sumbangan kepada Pengerusi Masjid Al-Ihtidaiyah, Ahmad Rizal Mohamad, di sini.[/caption] [caption id="attachment_1809" align="aligncenter" width="300"] Sebahagian jemaah yang hadir pada majlis berbuka puasa Zon 1 MBI di Masjid Al-Ihtidaiyah, di sini.[/caption] Menurutnya, sudah menjadi kebiasaan masjid lama yang memiliki sejarah dan keunikan tersendiri mempunyai daya tarikan yang tinggi kepada pelancong untuk melihat keindahannya.   "Masjid lama ini boleh dijadikan bangunan warisan di Perak terutamanya bagi tujuan pelancongan.   "Selain itu, rekabentuknya yang unik boleh menarik ramai pelancong untuk melihat keindahan bangunan tersebut," katanya.   Beliau berkata demikian kepada Perak Kini selepas menghadiri majlis berbuka puasa Zon 1 MBI dan kemudiannya menunaikan solat sunat tarawih bersama 100 jemaah di masjid berkenaan.   Pada majlis itu Mazlan turut menyampaikan sumbangan sumbangan peribadi dan di bawah MBI Prihatin bagi tujuan moreh serta khemah untuk kaum muslimat berteduh ketika berbuka puasa.   Sementara itu, Pengerusi masjid itu, Ahmad Rizal Mohamad Azidin mengucapkan terima kasih kepada Mazlan dan MBI di atas sumbangan berkenaan. Beliau generasi kelima yang mewarisi masjid itu berharap tempat beribadat tersebut dapat dijadikan masjid jamek semula seperti sebelum ini. "Kita telah buat permohonan untuk jadi Masjid Jamek semula dan kini menunggu keputusan daripada pihak yang berkenaan," katanya. #PerakKini #masjidlama #112tahun #Tambun

Share:

Your experience on this site will be improved by allowing cookies.