LaraMag

collapse
Home / UMUM / Bencana banjir: Mesyuarat pengurusan diadakan Isnin ini, elak kejadian sama berulang - PM

Bencana banjir: Mesyuarat pengurusan diadakan Isnin ini, elak kejadian sama berulang - PM

Sep 10, 2022  Ramli Ahmad Rozali  2 views
BANGI - Satu mesyuarat berhubung penyelarasan pengurusan bencana banjir membabitkan semua agensi berkaitan dijangka akan diadakan pada Isnin ini (12 September). Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata selain agensi berkaitan, wakil daripada kerajaan negeri juga akan terbabit bagi memastikan pengurusan bencana banjir dapat dilaksanakan dengan lebih teratur. Beliau mengharapkan agar mesyuarat tersebut dapat memastikan perancangan yang lebih berkesan dalam semua aspek, termasuk persiapan perpindahan, stok makanan dan pengurusan pusat pemindahan sementara (PPS). “Kita tak nak jadi seperti dulu. Sesetengah negeri sudah bersedia, sesetengah negeri yang tak biasa hadapi banjir, tak bersedia. Jadi, akhirnya, berlaku kejadian yang telah berlaku dahulu, terutamanya di Selangor, dan sebagainya. “Kali ini semua perlu bersediac, bukan setakat di peringkat persekutuan. Banjir ini, sampai di peringkat daerah mesti bersedia, sejak awal lagi. PPS dah ada. Dari segi stok makanan pun dah ready (sedia). Dari segi peralatan untuk perpindahan pun dah ready,” katanya lagi. Ismail Sabri yang juga Ahli Parlimen Bera berkata demikian kepada media selepas selesai berucap pada majlis Aspirasi Kecemerlangan Keluarga Malaysia di Feisol Hassan-Halle German Malaysian Institute, di sini, hari ini. Jabatan Meteorologi Malaysia sebelum ini meramalkan, banjir besar melanda pada penghujung November depan, ekoran fasa peralihan monsun bermula akhir September hingga awal November Selain itu, bencana tersebut berkemungkinan besar akan diburukkan lagi dengan fenomena berterusan La Nina, yang mengakibatkan peningkatan taburan hujan di sesetengah kawasan di negara ini. - Astro Awani  

Share:

Your experience on this site will be improved by allowing cookies.