LaraMag

collapse
Home / UMUM / Bekas Timbalan Presiden MIC meninggal dunia

Bekas Timbalan Presiden MIC meninggal dunia

Jul 05, 2022  Ramli Ahmad Rozali  2 views
KUALA LUMPUR - Bekas Timbalan Presiden MIC, Tan Sri S Subramaniam, 78, meninggal dunia, malam ini. Anaknya, Sunther memaklumkan, bapanya meninggal dunia kira-kira jam 8 malam ini. "Ayah saya meninggal dunia dengan tenang ketika tidur," katanya turut memaklumkan bapanya terlantar hampir 11 tahun selepas diserang angin ahmar. Acara pengebumian mendiang akan diadakan di rumah keluarganya di Seksyen 16, Petaling Jaya, Selangor, pada Khamis ini. Mendiang sebelum ini pernah berkhidmat selama dua penggal sebagai Ahli Parlimen Damansara dari 1974 hingga 1982 dan Ahli Parlimen Segamat selama empat penggal dengan penggal terakhirnya adalah pada Pilihan Raya Umum (PRU) 1999. Pada pemilihan MIC 2006, beliau tewas dan tempatnya sebagai Timbalan Presiden MIC digantikan oleh Datuk Seri G Palanivel. - Berita Harian Online  

Share:

Your experience on this site will be improved by allowing cookies.