LaraMag

collapse
Home / UTAMA / Bekalan ayam mencukupi untuk musim perayaan Krismas

Bekalan ayam mencukupi untuk musim perayaan Krismas

Dec 07, 2021  Admin Perak Kini  2 views
Oleh Rosdalilah Zahari IPOH - Bekalan ayam segar dijamin mencukupi sehingga perayaan Krismas ini, kata Exco Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Integrasi Nasional dan Masyarakat Sivil Perak, Datuk Abdul Yunus Jamahri. Menurutnya, setakat ini bekalan ayam tempatan masih mencukupi bagi perayaan Krismas dan belum ada keperluan untuk mengimportnya dari luar negara. "Berdasarkan pemantauan dijalankan, pengeluaran bekalan ayam di pasaran tidak terganggu dan masih mencukupi. "Bagaimanapun, pemantauan akan diteruskan dan tindakan segera akan diambil jika terdapat aduan berhubung bekalan ayam termasuk yang dijual lebih dari harga maksimum ditetapkan," jelasnya. Beliau berkata demikian pada sidang media selepas sesi walkabout pemantauan pelaksanaan Skim Harga Maksimum Keluarga Malaysia (SHMKM) Peringkat Negeri Perak di Pasar Raya Econsave Bandar Seri Botani, di sini, pada Selasa. [caption id="attachment_1573" align="aligncenter" width="300"] Exco Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Integrasi Nasional dan Masyarakat Sivil Perak, Datuk Abdul Yunus Jamahri melihat harga minyak masak yang dijual pada sesi walkabout pemantauan pelaksanaan Skim Harga Maksimum Keluarga Malaysia (SHMKM) Peringkat Negeri Perak di Pasar Raya Econsave Bandar Seri Botani, di sini.[/caption] [caption id="attachment_1578" align="aligncenter" width="300"] Exco Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Integrasi Nasional dan Masyarakat Sivil Perak, Datuk Abdul Yunus Jamahri (tengah) melihat cili merah sambil diperhatikan Ketua Pegawai Penguatkuasa KPDNHEP Perak, Dottie Azlina Ismail (dua kiri) pada sesi walkabout pemantauan pelaksanaan Skim Harga Maksimum Keluarga Malaysia (SHMKM) Peringkat Negeri Perak di Pasar Raya Econsave Bandar Seri Botani, di sini.[/caption] [caption id="attachment_1577" align="aligncenter" width="300"] Exco Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Integrasi Nasional dan Masyarakat Sivil Perak, Datuk Abdul Yunus Jamahri (kanan) menunjukkan ayam standard yang dijual dengan harga RM7.90 sekilogram sambil diperhatikan Ketua Pegawai Penguatkuasa KPDNHEP Perak, Dottie Azlina Ismail (kiri) pada sesi walkabout pemantauan pelaksanaan Skim Harga Maksimum Keluarga Malaysia (SHMKM) Peringkat Negeri Perak di Pasar Raya Econsave Bandar Seri Botani, di sini.[/caption] Hadir sama, Pengarah KPDNHEP Perak, Saifullizan Kamarul Zaman; Ketua Pegawai Penguatkuasa KPDNHEP Perak, Dottie Azlina Ismail dan Pengurus Besar Econsave Wilayah Utara 2, Chua Yong Chiang. Sementara itu, menyentuh mengenai pelaksanaan SHMKM Abdul Yunus berkata sebanyak 12 barangan yang disenaraikan sebagai barangan harga terkawal. Katanya barangan itu adalah ayam hidup, ayam standard, ayam super, telur ayam gred A, B dan C, cili merah, tomato, sawi hijau, kobis bulat import, kacang panjang dan timun. Menurutnya, harga yang digazetkan adalah harga maksimum yang boleh dijual dan peniaga boleh menjual pada harga lebih rendah. "Bagi memastikan SHMKM berjalan lancar, seramai 176 pegawai penguatkuasa dan 79 pegawai pemantau harga KPDNHEP Perak akan berada di lokasi tumpuan antaranya di pasar awam dan pusat beli belah bagi tujuan pemeriksaan. "Peniaga yang gagal mematuhi peraturan di bawah skim ini akan dikenakan tindakan mengikut Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2011," ujarnya.

Share:

Your experience on this site will be improved by allowing cookies.