LaraMag

collapse
Home / JENAYAH / Bayi lelaki cukup sifat ditinggalkan dalam kotak dihurung semut, ditemui di hentian bas

Bayi lelaki cukup sifat ditinggalkan dalam kotak dihurung semut, ditemui di hentian bas

Jun 01, 2023  Ramli Ahmad Rozali  2 views
Oleh Rosdalilah Zahari TAIPING - Seorang bayi lelaki cukup sifat dipercayai baru dilahirkan ditemukan di sebuah hentian bas Taman Kota Wira, Kamunting di sini pada Rabu. Bayi itu diletakkan dalam sebuah kotak dan ditinggalkan dalam keadaan anggota badan dibaluti tuala berwarna coklat serta dihurung semut. Ketua Polis Daerah Taiping, Asisten Komisioner Razlam Ab Hamid berkata, bayi itu ditemui seorang wanita yang memberhentikan kenderaannya di hentian bas terbabit ketika melalui Jalan Kamunting ke Batu Kurau untuk mengambil barang di dalam bonet keretanya pada jam 10 pagi. Menurutnya, wanita terbabit terdengar bunyi bayi menangis ketika turun dari keretanya dan menemui seorang bayi lelaki itu dalam sebuah kotak dibaluti tuala berwarna coklat dan dihurung semut. "Bayi lelaki terbabit dikejarkan ke Hospital Taiping bagi mendapatkan rawatan lanjut," katanya dalam satu kenyataan di sini malam tadi. Razlam berkata, hasil pemeriksaan yang dijalankan oleh doktor di Hospital Taiping mendapati bayi lelaki tersebut cukup sifat dan matang seberat 2.62 kilogram. Bagaimanapun, beliau berkata bayi. tersebut mengalami masalah pernafasan yang laju serta memerlukan ‘intubation’. "Bayi lelaki itu mempunyai ciri-ciri kurang air dalam badan dan diberi ‘intravenous drip’, disyaki mengalami jangkitan dan telah diberikan antibiotik," katanya. Katanya, polis kini menjalankan siasatan bagi mengenalpasti suspek yang membuang bayi lelaki tersebut dan kes disiasat mengikut Seksyen 317 Kanun Keseksaan iaitu menyembunyikan kelahiran dengan niat membuang bayi. #PerakKini #PDRM #buang #bayi #Taiping #RBZ

Share:

Your experience on this site will be improved by allowing cookies.