Oleh Rosdalilah Zahari
IPOH - Isu penyelenggaraan jalan Persekutuan antara fokus utama menjelang Bajet 2023 yang akan dibentangkan pada 24 Februari ini.
Timbalan Menteri Kewangan Datuk Seri Ahmad Maslan berkata perkara tersebut sering dibangkitkan dan menjadi isu utama sepanjang sesi jelajah Majlis Dialog Belanjawan 2023 berlangsung di beberapa negeri lain sebelum ini termasuk yang terakhir di Ipoh.
Menurutnya, contoh jalan Persekutuan yang kurang diberikan tumpuan dari segi penyelenggaraan termasuklah jalan Gerik-Jeli, jalan Simpang Pulai-Blue Valley dan jalan Tapah-Ringlet.
Bagaimanapun, beliau berkata, peruntukan bagi penyelenggaran jalan negeri dan jalan kampung masih mencukupi setakat ini.
"Peruntukan penyelenggaraan jalan negeri adalah di bawah Sistem Maklumat Rekod Jalanraya Malaysia (MARRIS) manakala peruntukan dari Kementerian Kemajuan Desa Dan Wilayah (KKDW) adalah untuk penyelenggaraan jalan kampung.
"Masalahnya ialah bagaimana jalan Persekutuan kurang diselenggarakan dan ini menjadi antara perkara utama yang dibangkitkan oleh semua pihak termasuk Exco Kerajaan Negeri pada sesi dialog hari ini.
[caption id="attachment_4352" align="aligncenter" width="300"]
Timbalan Menteri Kewangan Datuk Seri Ahmad Maslan (kanan) bersama Menteri Besar Perak Datuk Seri Saarani Mohamad ketika Majlis Dialog Belanjawan 2023 Peringkat Negeri Perak di Bangunan Perak Darul Ridzuan di sini hari ini. - Foto: SUK Perak[/caption]
"Jadi, kita berharap agar Kementerian Kerja Raya dapat memberi tumpuan terhadap perkara tersebut kerana masih ada masa lagi untuk diberikan peruntukan yang dipohon (sebelum pembentangan Bajet 2023)," katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang selepas Majlis Dialog Belanjawan 2023 Peringkat Negeri Perak di Bangunan Perak Darul Ridzuan di sini hari ini.
Semalam, Menteri Besar Perak Datuk Seri Saarani Mohamad meminta Kerajaan Persekutuan untuk mempertimbangkan permohonan RM3 bilion sebagai peruntukan tambahan untuk dimasukkan di dalam Bajet 2023.
Permohonan itu dibuat bagi menyelesaikan masalah-masalah berkaitan rakyat antaranya termasuklah penyelenggaraan jalan.
#PerakKini #Bajet2023 #penyelenggaraanjalan #RBZ