LaraMag

collapse
Home / AGAMA / Askar hilang di Hutan Simpan Belum sejak Jumaat lalu

Askar hilang di Hutan Simpan Belum sejak Jumaat lalu

Apr 10, 2023  Ramli Ahmad Rozali  2 views
Oleh Rosdalilah Zahari IPOH – Seorang anggota tentera dari Batalion Ke-25 Rejimen Askar Melayu Diraja Kem Sri Bentong, Pahang dilaporkan hilang ketika sedang menjalankan operasi di kawasan pedalaman Hutan Simpan Belum, Gerik pada Jumaat lalu. Ketua Polis Perak, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri berkata pihaknya menerima laporan berhubung kehilangan lelaki berusia 33 tahun itu pada jam 12.50 pagi semalam. “Hasil siasatan awal mendapati kejadian itu berlaku pada 7 April lalu lebih kurang jam 5 petang sewaktu mangsa bersama lima anggota lain sedang menjalankan operasi di kawasan penugasan,” katanya dalam satu kenyataan pada Isnin. Beliau berkata usaha mencari dan menyelamat masih dijalankan oleh pihak Angkatan Tentera Malaysia (ATM) sejak Jumaat lalu dan sehingga kini mangsa masih belum ditemui. #PerakKini #PDRM #ATM #askar #hilang #HutanSimpanBelum #RBZ

Share:

Your experience on this site will be improved by allowing cookies.