LaraMag

collapse
Home / POLITIK / Anwar harus sahut cabaran Tun M isytihar harta - Ahmad Faizal

Anwar harus sahut cabaran Tun M isytihar harta - Ahmad Faizal

May 09, 2023  Ramli Ahmad Rozali  2 views
Oleh Rosdalilah Zahari KUALA KANGSAR - Timbalan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu menggesa supaya Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyahut cabaran Tun Dr Mahathir Mohamad mengisytiharkan hartanya sewaktu menjadi Timbalan Perdana Menteri. Menurutnya, Anwar perlu membuktikan bagaimana beliau mampu hidup berpolitik dengan begitu mewah. "Sepanjang berapa lama tidak berada dalam kerajaan dan kini (sewaktu menjadi Perdana Menteri) pula tak ambil gaji dan sebagainya but still maintain wonderful life. "Jadi saya fikir memang patutlah rakyat juga nak tahu siapa sponsor billboard gergasi (pada Pilihan Raya Umum ke-15 lalu) dan sebagainya," katanya. Beliau berkata demikian kepada media di Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Bersatu Negeri Perak anjuran bersama Parlimen Kuala Kangsar di Dewan Jubli Perak, di sini pada Selasa. Semalam, Mahathir dalam ciapan menerusi Twitter mencabar Anwar untuk mendedahkan kekayaan yang didakwa diraih ketika menjadi Timbalan Perdana Menteri di bawah pentadbirannya. Bekas Ahli Parlimen Langkawi itu turut menyatakan kesediaannya jika Anwar menunjukkan sebarang bukti berhubung kekayaan peribadi yang didakwa diraih olehnya ketika menjadi Perdana Menteri. #PerakKini #Bersatu #Peja #TunM #AnwarIbrahim #RBZ

Share:

Your experience on this site will be improved by allowing cookies.