LaraMag

collapse
Home / UTAMA / ANAK MUDA PAKAR UKIR HULU KERIS

ANAK MUDA PAKAR UKIR HULU KERIS

May 24, 2021  Admin Perak Kini  1,299 views
BATU KURAU : Keris mempunyai jati dirinya tersendiri terhadap pemiliknya. Keris bukan sahaja lambang kemegahan dan kekuatan, namun keris mencerminkan budaya di satu-satu tempat. Keris dipercayai berasal dari Kepulauan Jawa, Indonesia kerana di atas bukti kewujudannya diukiran candi Borubudur. Namun, keris berada di pelusuk nusantara termasuk negara Malaysia, Brunei dan Thailand. Keris sememangnya sinonim dengan tamadun masyarakat Melayu, malah dikatakan wujud lebih 500 tahun sebelum kedatangan agama Hindu dan kemudian Islam di Nusantara. Ia disifatkan senjata orang Melayu terulung dan kerap kali dikaitkan dengan pelbagai elemen mistik serta misteri, sama ada dalam pembuatan atau kemampuannya. Sesebuah keris mempunyai hulu, bilah dan sarung. Namun setiap rekabentuknya bergantung dari mana ianya berasal. Ada keris Jawa, Majapahit, Melayu dan Siam. Hulunya pula ada yang berbentuk kepala burung, kepala harimau dan daun atau bunga. Semakin halus seni ukirannya, makin tinggi nilainya sesebilah keris itu. Hanya mereka yang arif sahaja mampu menghasilkan ukiran hulu keris yang berukiran itu. Seorang anak muda, Hafizi Tazri,27, berasal dari Batu Kurau, Perak, mulanya menjadikan ukiran kayu sebagai hobinya, namun setelah mendapat permintaan ramai, Hafizi kini menumpukan perhatiannya menghasilkan hulu keris atau golok di kediamannya di sini. [caption id="attachment_1041" align="aligncenter" width="225"] Hulu Raja Pekaka[/caption] [caption id="attachment_1046" align="aligncenter" width="300"] Set golok hasil tangan Hafizi[/caption] Hulu keris yang dihasilkan Hafizi amat berkualiti dan bermutu tinggi serta  mendapat pujian dari pelbagai pihak. Menurut Hafizi, ukiran hulu keris itu ada mempunyai nama seperti Raja Pekaka, Pipit Teleng Terengganu, Tapak Kuda Bunga, Jawa Demam dan bermacam nama lagi. Pelbagai jenis kayu digunakan oleh Hafizi untuk menghasilkan ukiran hulu kerisnya seperti kemuning, kayu cendana, kayu merbau atau kayu cempaka. Hafizi mempunyai sebuah bengkel yang dikhususkan untuk membuat kerja-kerja ‘handmade’ ukiran keris ini. Beliau akan membuat ukiran hulu kerisnya apabila ada yang menempahnya. Tempahan banyak secara online dari seluruh Malaysia. Selain membuat hulu dan sarung keris, Hafizi juga banyak menyiaapkan tempahan golok berkualiti tinggi untuk kegunaan penduduk setempat. Kepada yang berminat untuk mendapatkan hasil kerja seni ukiran kayu hulu keris dan golok Hafizi ini, bolehlah hubungi 013-6688884.   Perak Kini 2021    

Share:

Your experience on this site will be improved by allowing cookies.