LaraMag

collapse
Home / POLITIK / Amanah Perak tampil lebih 50 peratus muka baharu pada PRU15

Amanah Perak tampil lebih 50 peratus muka baharu pada PRU15

Oct 28, 2022  Ramli Ahmad Rozali  2 views
Oleh Rosdalilah Zahari IPOH - Parti Amanah Negara (Amanah) Perak mempertaruhkan lebih 50 peratus calon muka baharu membabitkan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen untuk bertanding pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) ini. Pengerusinya, Datuk Asmuni Awi berkata Amanah Perak menampilkan 15 calon muka baharu di 12 kerusi DUN dan tiga Parlimen di negeri itu. Menurutnya, DUN yang menampilkan muka baharu adalah Pengkalan Hulu, Kota Tampan, Kubu Gajah, Gunung Semanggol, Lubok Merbau, Manong, Belanja, Ayer Kuning, Kampong Gajah, Rungkup, Changkat Jong dan Behrang manakala Parlimen pula membabitkan Larut, Bukit Gantang dan Parit. Tambahnya, parti itu akan bertanding di enam kawasan parlimen dan 20 kerusi DUN yang merupakan penambahan dua kerusi parlimen dan lapan kerusi DUN berbanding PRU lalu. Katanya, terdapat beberapa calon DUN dan Parlimen yang akan mengekalkan kerusi dimenangi mereka pada PRU14 yang lalu. "Naib Presiden Amanah, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa dicalonkan semula bagi mempertahankan kerusi Parlimen Parit Buntar bersama penyandang kerusi Parlimen Lumut, Dr Mohd Hatta Ramli. "Manakala, penyandang kerusi DUN Sungai Rapat Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin turut disenaraikan semula bagi mempertahankan kerusi di kawasan tersebut," katanya. Asmuni sendiri akan mengekalkan kerusi disandangnya sebelum ini iaitu di DUN Manjoi. Beliau berkata demikian pada sidang media bagi mengumumkan senarai calon Amanah Perak, di Wisma Amanah Perak, di sini pada Jumaat. Menyentuh mengenai Nik Omar Nik Abdul Aziz iaitu anak bekas Mursyidul Am PAS, Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang sebelum ini diumumkan Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Anwar Ibrahim akan bertanding di Perak, Asmuni berkata beliau tiada maklumat berhubung perkara itu "Itu saya tak tahu, saya tak ada maklumat mengenainya, baik tanya dia sendiri," katanya. #PerakKini #AmanahPerak #PakatanHarapan #Perak #PRU15 SENARAI CALON PRU15 AMANAH PERAK PARLIMEN P56 Larut: Zolkarnain Abidin P57 Parit Buntar: Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa P59 Bukit Gantang: Fakhruldin Mohd Hashim P67 Kuala Kangsar: Ahmad Termizi Ramli P69 Parit: Nurthaqaffah Nordin P74 Lumut: Mohd Hatta Md Ramli   DEWAN UNDANGAN NEGERI (DUN) N01 Pengkalan Hulu: Mohd Saad Ismail N04 Kota Tampan: Mohd Sabri Abdul Manaf N05 Selama: Razali Ismail N06 Kubu Gajah: Mohd Nazri Din N08 Titi Serong: Muhammad Nakhaie Wahab N11 Gunung Semanggol: Sheikh Khuzaifah Sheikh Abu Bakar N12 Selinsing: Ahmad Saqif Ansarallah Ahmad Jihbaz Mokhlis N14 Changkat Jering: Megat Shariffudin Ibrahim N16 Kamunting: Muhd Fadhil Nuruddin N20 Lubok Merbau: Zaiton Latiff N23 Manjoi: Datuk Asmuni Awi N35 Manong: Mohd Jamsari Mahamood N39 Belanja: Mohd Ikhmal Mohd Iskandar N44 Sungai Rapat: Datuk Seri Dr Mohammad Nizar Jamaluddin N48 Ayer Kuning: Mohd Nazri Hashim N50 Kampong Gajah: Mohd Syamsul Alauddin N51 Pasir Panjang: Yahaya Mat Nor N53 Rungkup : Ahmad Munzirie Ahmad Kabir N56 Changkat Jong : Muhaimin Sulam N59 Behrang : Khairol Najib Hashim

Share:

Your experience on this site will be improved by allowing cookies.