Oleh Rosdalilah Zahari
CHEMOR - Cuaca hujan mengganggu perjalanan
Kejohanan Olahraga ke-30 Tahun 2022 Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Dato' Hj Mohd Taib (SMKDHMT), Chemor, di sini pada Jumaat.
Lebih 1,000 pelajar tingkatan satu hingga enam memeriahkan kejohanan olahraga yang diadakan membabitkan empat rumah sukan iaitu Buana (Hijau), Suria (Merah), Segara (Biru) dan Purnama (Kuning).
Ketua Whip Ahli Majlis Majlis Bandaraya Ipoh (MBI), Datuk Mazlan Abd Rahman turut hadir merasmikan kejohanan itu diiringi Pengetua, Khalilah Za'aba dan Yang Dipertua PIBG SMK Dato' Hj Mohd Taib, Tajuddin Ahmad.
Mazlan ketika ditemui Perak Kini berkata selepas dua tahun sekolah tidak dapat menjalankan sebarang aktiviti akibat pandemik Covid-19, hari ini beliau dapat menyaksikan kejohanan sukan yang luar biasa dan kreatif bertemakan menuju tahun 3033.
"Penganjuran aktiviti sukan khususnya di sekolah adalah platform terbaik bagi melahirkan murid-murid yang cergas terutamanya dari segi fizikal dan mental.
"Aktiviti sukan di sekolah juga bukan sahaja dapat mendisiplinkan pelajar malah mampu melahirkan modal insan berkualiti serta memiliki semangat juang sebagai pemimpin pada masa hadapan," katanya.
Dalam pada itu, beliau berkata kegiatan sukan juga mampu membentuk minda pelajar untuk menjadi lebih berdaya saing secara sihat antara satu sama lain.
Sebelum kejohanan bermula, acara didahului dengan perbarisan lintas hormat yang disertai rumah sukan dan pasukan beruniform diikuti ikrar kejohanan.
Kemudian, upacara menaikkan bendera kejohanan, bacaan doa, persembahan 'War Cry', ucapan pengetua dan perasmi.
Kejohanan olahraga itu melabuhkan tirai dengan Buana dinobatkan sebagai jua keseluruhan bagi edisi ke-30.
#PerakKini #kejohanan #olahraga #sekolah #Chemor