LaraMag

collapse
Home / UMUM / Agong, Raja Permaisuri zahir ucapan Selamat Hari Wartawan Nasional

Agong, Raja Permaisuri zahir ucapan Selamat Hari Wartawan Nasional

May 29, 2023  Ramli Ahmad Rozali  2 views
Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menzahirkan ucapan Selamat Hari Wartawan Nasional (HAWANA) bertemakan "Media Bebas, Tunjang Demokrasi". Turut menitipkan ucapan yang sama ialah Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah. Ucapan tersebut dizahirkan menerusi satu poster yang dimuat naik menerusi laman Facebook dan Instagram rasmi Istana Negara hari ini. Tarikh 29 Mei diwartakan sebagai sambutan HAWANA sempena penerbitan edisi pertama akhbar Utusan Melayu pada 29 Mei 1939. Sambutan HAWANA 2023 dianjur di Perak bermula Sabtu lalu hingga hari ini oleh Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) dengan pelaksanaannya dikendalikan BERNAMA. - BERNAMA

Share:

Your experience on this site will be improved by allowing cookies.