LaraMag

collapse
Home / JENAYAH / 9 pelajar sekolah menengah didakwa cederakan rakan

9 pelajar sekolah menengah didakwa cederakan rakan

Sep 19, 2022  Ramli Ahmad Rozali  2 views
TERENGGANU - Sembilan pelajar lelaki sebuah sekolah menengah berasrama di Kemaman, di sini didakwa di Mahkamah Majistret hari ini atas pertuduhan menyebabkan kecederaan terhadap tiga rakan mereka bulan lepas. Kesemua mereka berumur 16 tahun itu mengaku tidak bersalah atas pertuduhan mencederakan dengan menumbuk dan menyepak ketiga-tiga mangsa yang berusia 15 tahun di asrama sekolah tersebut pada 11.30 malam, 23 Ogos lepas. Pertuduhan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga setahun atau dengan denda maksimum RM2,000 atau kedua-duanya, jika disabitkan kesalahan. Pendakwaan dikendalikan timbalan pendakwa raya Nor Azhani Azman manakala kesemua tertuduh diwakili peguam Akmal Wahidah Abd Halim. Majistret Tengku Eliana Tuan Kamaruzaman membenarkan kesemua tertuduh diikat jamin antara RM2,000 hingga RM5,500 setiap seorang dan menetapkan 12 Oktober ini untuk sebutan semula kes. - BERNAMA  

Share:

Your experience on this site will be improved by allowing cookies.