LaraMag

collapse
Home / POLITIK / 9 calon muda dipertaruh Amanah Perak pada PRU15

9 calon muda dipertaruh Amanah Perak pada PRU15

Oct 28, 2022  Ramli Ahmad Rozali  2 views
Oleh Rosdalilah Zahari IPOH - Parti Amanah Negara (Amanah) Perak menaruh kepercayaan dengan meletakkan lapan calon dari Pemuda Amanah Perak dan satu dari Wanita Muda Amanah Perak untuk bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) ini. Ketua Pemuda Amanah Perak, Khairol Najib Hashim berkata kesemua lapan calon itu akan berentap di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) iaitu 40 peratus daripada keseluruhan kerusi Amanah Perak bagi mewakili Pakatan Harapan (PH). Menurutnya, bagi kerusi Parlimen, satu kerusi diberikan kepada Wanita Muda Amanah Perak diwakili Nurthaqaffah Nordin yang akan bertanding di Parit. "Dengan pencalonan ini, kami yakin lonjakan sokongan pengundi kepada PH akan selari dengan aspirasi rakyat yang mahukan muka baharu ditonjolkan dalam kalangan anak muda. "Justeru, kami menyeru kepada seluruh pengundi di Perak untuk memberikan sokongan sepenuhnya kepada semua calon yang ditawarkan PH supaya dapat mengembalikan kepimpinan kepada mereka yang bebas rasuah, berintegriti dan amanah dalam menguruskan negeri dan negara dapat direalisasikan, "katanya dalam satu kenyataan hari ini. Dalam perkembangan berkaitan, Khairol turut mengucapkan terima kasih kepada kepimpinan negeri dan nasional atas peluang serta kepercayaan yang diberikan kepada sayap pemuda untuk bertanding pada PRU15. #PerakKini #AmanahPerak #Pemuda #wanita #PakatanHarapan #Perak #PRU15 Senarai lapan calon Pemuda Amanah Perak yang bertanding bagi Dewan Undangan Negeri (DUN): N04 Kota Tampan : Mohd Sabri Abdul Manaf N08 Titi Serong : Muhammad Nakhaie Wahab N11 Gunung Semanggol : Sheikh Khuzaifah Sheikh Abu Bakar N12 Selinsing : Ahmad Saqif Ansarallah Jihbaz Mokhlis N39 Belanja : Mohd Ikhmal Mohd Iskandar N50 Kampong Gajah : Mohd Syamsul Alauddin N53 Rungkup : Ahmad Munzirie Ahmad Kabir N59 Behrang : Khairol Najib Hashim    

Share:

Your experience on this site will be improved by allowing cookies.