LaraMag

collapse
Home / UMUM / 700 sertai Program Kayuhan Merdeka 2022

700 sertai Program Kayuhan Merdeka 2022

Aug 30, 2022  Ramli Ahmad Rozali  2 views
Oleh Rosdalilah Zahari IPOH - Kira-kira 700 peserta menyertai Program Kayuhan Merdeka 2022 anjuran Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) yang diadakan pada malam ini. Acara pelepasan yang diadakan di hadapan Persiaran MBI itu disempurnakan Exco Belia, Sukan, Komuniti dan Multimedia Negeri Perak, Khairul Shahril  Mohamed diiringi Datuk Bandar Ipoh, Datuk Rumaizi Baharin @ Md Daud. Program yang dilaksanakan Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) pada setiap tahun ini dirangka Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perak (SUK) bagi sambutan Hari Kebangsaan peringkat Negeri Perak. Terdapat dua kategori kayuhan iaitu Kategori VIP sejauh lima kilometer (km) dan Kategori Terbuka sejauh 22.9km. Objektif program bertujuan untuk menyatukan rakyat Perak yang terdiri daripada pelbagai bangsa dan agama dalam satu program bagi bersama-sama memeriahkan sambutan Hari Kemerdekaan. Tahun 2022 juga menyaksikan program ini kali pertama diadakan selepas negara beralih ke fasa endemik dan ia  adalah sesuatu yang sangat istimewa dan mengujakan khususnya bagi seluruh rakyat Perak. Semoga program ini membantu melahirkan generasi Ipoh yang kekal sihat, aktif dan cergas. #PerakKini #MBI #KayuhanMerdeka2022 #Ipoh #Perak  

Share:

Your experience on this site will be improved by allowing cookies.