LaraMag

collapse
Home / UMUM / KENANG JASA PETUGAS 'FRONTLINER'

KENANG JASA PETUGAS 'FRONTLINER'

Jul 05, 2020  Admin Perak Kini  1,867 views
Oleh Intan Efazila Md Yusop MUALLIM: Hanya perlu membayar harga kanta serendah RM130 sahaja, kini pertugas barisan hadapan negara termasuk wartawan atau pertugas media boleh menikmati bingkai cermin mata secara percuma dan seterusnya dapat memiliki cermin mata baharu,dekat Muallim. Keistemewaan ini hanya ditawarkan oleh Irfan Optometrist Cawangan Slim River dan Bandar Behrang 2020 bagi menghargai sumbangan pertugas barisan hadapan negara bertungkus lumus mengekang dan memutuskan rantaian penularan wabak Covid-19 di negara ini. Penasihatnya, Nur Farahana Mohd Fauzi, 32, berkata sumbangan dan pengorbanan pertugas barisan hadapan negara terlalu besar buat rakyat negara ini menyebabkan pihak beliau terpanggil untuk membantu dengan memberi tawaran cermin mata istemewa kepada mereka. [caption id="attachment_674" align="aligncenter" width="300"] Penasihat Irfan Optometrist, Nur Farahana Mohd Fauzi menunjukkan sebahagian bingkai yang diberikan secara percuma kepada pertugas barisan hadapan negara[/caption] Katanya, pertugas barisan hadapan negara hanya perlu membawa surat atau kad yang mengesahkan mereka adalah salah seorang pertugas barisan hadapan negara bagi menikmati tawaran dan promosi terbabit. " Tawaran ini sudah bermula pada minggu yang lalu sehingga hujung bulan ini dan mereka boleh mengunjungi salah satu cawangan Irfan Optometrist yang terdapat di daerah ini. " Biasanya kos membuat cermin mata termasuk kanta dan bingkai kira-kira RM 379 tetapi dengan tawaran ini mereka hanya perlu membayar RM 130 sahaja untuk kanta cermin mata berkualiti tinggi dan bingkai diberikan secara percuma," katanya. Beliau berkata demekian ketika ditemui di Irfan Optometrist cawangan Slim River, dekat sini. Beliau berkata, pertugas barisan hadapan negara termasuklah pekerja pembersihan, penghantar surat dan pertugas media juga boleh menikmati tawaran istemewa terbabit. " Sebelum ini, saya hanya wawarkan tawaran istimewa ini menerusi laman Facebook sahaja dan ramai juga jururawat dan guru datang untuk memiliki cermin mata baharu . " Saya berharap dengan usaha ini dapat membantu dan meringankan beban pertugas barisan hadapan negara untuk memiliki cermin mata baharu," katanya. Nur Farahana berkata mereka yang tergolong pertugas barisan hadapan negara boleh mengunjungi mana-mana cawangan bermula jam 9.00 pagi sehingga jam 8.30 malam setiap hari.  

Share:

Your experience on this site will be improved by allowing cookies.