LaraMag

collapse
Home / UMUM / 400 mati akibat rokok setiap minggu

400 mati akibat rokok setiap minggu

Jul 26, 2022  Ramli Ahmad Rozali  2 views
Kuala Lumpur - Sebanyak 400 kematian akibat rokok direkodkan setiap minggu di negara ini. Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berkata, pengambilan tembakau adalah faktor utama pencetus kanser iaitu penyakit utama yang menyebabkan kematian di hospital. Katanya, produk tembakau juga menyebabkan ketagihan nikotin iaitu salah satu kandungan dalam rokok. "Sebab itu sukar perokok untuk berhenti, sekali gus menjadikan ramai yang merokok sepanjang hayat dan menghadapi pelbagai jenis penyakit," katanya menerusi hantaran di Tiktok. [caption id="attachment_2587" align="aligncenter" width="210"] Tangkap layar Tiktok Khairy Jamaluddin berhubung 400 orang mati di Malaysia akibat rokok.[/caption] Beliau berkata, rokok boleh menyebabkan pelbagai penyakit kronik kepada perokok tetapi ia bukan hanya membahayakan diri perokok saja bahkan orang sekeliling. "Ingat tiada kuantiti atau jumlah tembakau yang selamat untuk kita. Ia sangat membahayakan. "Jauhi rokok. Mainkan peranan anda dalam melahirkan generasi bebas rokok," katanya sambil meminta orang ramai menyokong Generational End Game (GEG). - Harian Metro Online    

Share:

Your experience on this site will be improved by allowing cookies.