LaraMag

collapse
Home / JENAYAH / 40 PATI Indonesia cuba pulang secara haram ditahan selepas bot rosak

40 PATI Indonesia cuba pulang secara haram ditahan selepas bot rosak

May 29, 2023  Ramli Ahmad Rozali  2 views
Oleh Rosdalilah Zahari BAGAN DATUK – Seramai 40 pendatang asing tanpa izin (PATI) warga Indonesia termasuk empat kanak-kanak tidak dapat pulang ke negara asal mereka secara haram selepas terkandas akibat bot dinaiki untuk pulang ke mengalami kerosakan enjin, dekat sini, pada pagi Ahad. Ketua Polis Perak, Datuk Seri Mohd. Yusri Hassan Basri, berkata dalam kejadian jam 10 pagi itu, polis menerima maklumat daripada orang awam berhubung kehadiran bot jenis pom-pom dalam keadaan mencurigakan di perairan Bagan Datuk. Menurutnya, bot membawa muatan warga asing itu dikesan hanyut sejak jam 8 pagi dan dikesan berada pada jarak 1.1 batu nautika dari pesisir pantai Tanjung Beting Beras Basah di kawasan tersebut. "Selepas menerima maklumat itu, Pasukan Polis Marin (PPM) bergerak ke lokasi terbabit 40 orang di dalam bot tersebut terdiri daripada 22 lelaki dewasa, 11 perempuan dewasa serta empat kanak-kanak berusia dari satu hingga 55 tahun. "Tiga kru terdiri daripada tekong bot berusia 47 tahun dan dua pembantunya berusia 23 dan 24 tahun yang cuba melarikan diri dengan terjun ke dalam laut turut berjaya ditahan polis," katanya dalam satu kenyataan pada Isnin. Katanya, kesemua PATI termasuk bot dibawa ke balik ke Markas Operasi PPM Kampung Acheh, Sitiawan, untuk tindakan lanjut dan kes disiasat di bawah Seksyen 26A Akta Anti Pemerdagangan Orang dan Anti Penyeludupan Migran 2007 dan Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63. #PerakKini #PDRM #PPM #PATI #Indonesia #tangkap #RBZ

Share:

Your experience on this site will be improved by allowing cookies.