LaraMag

collapse
Home / UMUM / 36 peniaga Ipoh Night Market mangsa ribut terima bantuan wang ihsan RM1,000 dari kerajaan negeri

36 peniaga Ipoh Night Market mangsa ribut terima bantuan wang ihsan RM1,000 dari kerajaan negeri

Sep 03, 2023  Ramli Ahmad Rozali  2 views
Oleh Rosdalilah Zahari IPOH - Seramai 36 peniaga gerai menjual makanan dan minuman di Ipoh Night Market yang musnah dalam kejadian ribut pada 30 Ogos lalu mendapat bantuan wang ihsan RM1,000 daripada kerajaan negeri. Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata sumbangan tersebut diharap dapat meringankan beban peniaga yang terjejas dalam kejadian pada malam ambang kemerdekaan itu. Menurutnya, kejadian itu bukan sahaja memusnahkan sebahagian daripada kawasan perniagaan tersebut malah persiapan untuk perbarisan dan perarakan Hari Kemerdekaan turut mengalami nasib yang sama. "Pada petang ini, saya ada sedikit ruang dan masa untuk melihat sendiri lokasi kejadian. "Sehubungan itu, kita di pihak kerajaan negeri menghulurkan bantuan wang tunai sebanyak RM1,000 kepada setiap orang peniaga. "Walaupun kita tahu jumlah bantuan itu tidak mencukupi untuk ganti rugi tapi sekurang-kurangnya mereka ada wang untuk memulakan kembali perniagaan. "Sebab kita faham barang-barang jualan telah juga hampir musnah kerana pada hari berkenaan mereka telah membuat persiapan untuk menjual barangan dengan bilangan yang lebih banyak kerana menjangkakan (pelanggan ramai) malam itu adalah ambang Merdeka," katanya. Beliau berkata demikian ketika meninjau lokasi kejadian di Ipoh Night Market pada Ahad. Hadir sama, Exco Pembangunan Wanita, Keluarga, Kebajikan Masyarakat, Pembangunan Usahawan dan Koperasi Negeri, Salbiah Mohamad; Exco Perumahan dan Kerajaan Tempatan Negeri, Sandrea Ng Shy Ching dan Ketua Polis Perak, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri. Dalam pada itu, Saarani memaklumkan Sekretariat Usahawan Negeri Perak (STeP) bersedia membantu, sekiranya mereka memerlukan pinjaman mudah daripada agensi kerajaan seperti Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (Tekun) dan Skim Pinjaman Mikrokredit Perak Sejahtera di bawah Yayasan Perak. "Justeru, kita akan cuba memberi recommendation (cadangan) sokongan yang kuat jika mereka (peniaga) perlu membuat perkhidmatan pinjaman," katanya. [caption id="attachment_7346" align="aligncenter" width="300"] Salah seorang peniaga, Muhammad Amirul Abd Rahman, 30, menunjukkan gerai nasi goreng ayam gunting miliknya yang musnah dalam kejadian ribut pada 30 Ogos lalu.[/caption] #PerakKini #KerajaanNegeriPerak #ribut #IpohNightMarket #RBZ  

Share:

Your experience on this site will be improved by allowing cookies.