Oleh Rosdalilah Zahari
"Sebagai rakyat Malaysia, kita perlu menghormati dan menghayati perjuangan orang terdahulu yang berusaha dalam membantu negara mencapai kemerdekaan," katanya.
Pada masa sama, beliau berkata konvoi Jalur Gemilang ini juga secara tidak langsung membantu meningkatkan semangat patriotisme dan rasa cinta kepada tanah air.
"Sehubungan itu, kita perlu menaikkan semangat perpaduan dan saling menghormati antara satu sama lain memandangkan rakyat di negara ini terdiri daripada pelbagai agama dan kaum," jelasnya.
Sejurus tiba di lokasi penamat di Balai Polis Kanthan Baru, Mazlan menyerahkan Jalur Gemilang kepada Sarjan Mejar Rosli Awang Kechik sebagai simbolik sambutan Hari Kemerdekaan ke-65 pada hari ini.
#PerakKini #MBI #konvoi #motosikal #Merdeka
IPOH - Seramai 120 penunggang motosikal menyertai Konvoi Jalur Gemilang 'Keluarga Malaysia Teguh Bersama' bagi memeriahkan sambutan Bulan Kemerdekaan di Ipoh hari ini.
Ketua Whip Ahli Majlis Majlis Bandaraya Ipoh (MBI), Datuk Mazlan Abd Rahman bersama Ketua UMNO Bahagian Tambun, Datuk Aminuddin Md Hanafiah hadir menyempurnakan upacara pelepasan peserta pada jam 8.30 pagi di Susur Medan Tambun. Peserta konvoi yang membawa Jalur Gemilang ini bermula dari Tambun dan meneruskan perjalanan melalui Tanjung Rambutan, Kampung Ulu Kuang sebelum menamatkannya di Balai Polis Kanthan Baru. Mazlan ketika ditemui Perak Kini berkata beliau amat kagum dengan semangat yang ditunjukkan oleh peserta konvoi bagi menyemarakkan suasana kemerdekaan semata-mata sayangkan agama, bangsa dan negara.