LaraMag

collapse
Home / UMUM / 100 anggota RELA, Briged RELASIS sertai 'Fun Hiking' Bukit Bangkong sempena Hari Sukan Negara 2022

100 anggota RELA, Briged RELASIS sertai 'Fun Hiking' Bukit Bangkong sempena Hari Sukan Negara 2022

Oct 08, 2022  Ramli Ahmad Rozali  2 views
Oleh Rosdalilah Zahari CHEMOR - Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) Daerah Kinta Utara menganjurkan program Fun Hiking Bukit Bangkong, Tanah Hitam di sini bersempena Hari Sukan Daerah Kinta Utara serentak dengan Hari Sukan Negara 2022 pada Sabtu. Kira-kira 100 peserta terdiri daripada anggota dan Pegawai RELA Daerah Kinta Utara dan Briged RELA Siswa Siswi (RELASIS) dari Politeknik Ungku Omar (PUO) Ipoh menyertai aktiviti mendaki yang diadakan bermula pagi tadi. Walaupun program itu ditunda sebentar kerana cuaca hujan, namun sejurus aktiviti mendaki bermula peserta menunjukkan semangat tinggi dalam menyelesaikan pendakian di bukit berkenaan. [caption id="attachment_3326" align="aligncenter" width="300"] Peserta Fun Hiking Bukit Bangkong, Tanah Hitam bergambar kenangan di puncak bukit. - Foto ihsan RELA Daerah Kinta Utara[/caption] Pegawai Rela Daerah Kinta Utara, Penolong Pesuruhjaya Rela Mohd Abd Jamal Mohd Nor berkata program ini merupakan acara tahunan yang diadakan bertujuan untuk menguji tahap ketahanan mental dan fizikal peserta. "Pada masa yang sama, kami mahu mengubah persepsi masyarakat terhadap anggota RELA. "Anggota RELA bukan setakat menjaga keselamatan semata-mata malah banyak pengisian dan aktiviti lain kami lakukan," katanya. Sementara itu, Ketua Whip Ahli Majlis Majlis Bandaraya Ipoh (MBI), Datuk Mazlan Abd Rahman berkata program seumpama ini membantu peserta mengamalkan gaya hidup sihat sekali gus mewujudkan masyarakat yang cergas dan aktif. "Selain, itu program ini secara tidak langsung dapat mempromosikan Bukit Bangkong kepada orang luar iaitu salah satu tempat tarikan untuk peminat hiking singgah untuk mencabar diri mendaki di sini," ujarnya. [caption id="attachment_3327" align="aligncenter" width="300"] Mohd Abd Jamal (kiri) menyerahkan cenderahati kepada Mazlan.[/caption] Dua pelajar tahun pertama Diploma Kejuruteraan Mekanikal PUO Ipoh, Muhammad Syahir Mohd Zukeri dan Goh Chin Heng yang juga anggota RELASIS sangat teruja menyertai acara mendaki bersama relawan dan relawati lain. [caption id="attachment_3328" align="aligncenter" width="225"]  Muhammad Syahir Mohd Zukeri[/caption] Kedua-dua pelajar berusia 18 tahun itu berkata pengalaman yang mereka tempuhi tidak dapat dijual beli dan akan menjadi kenangan manis pada masa hadapan. [caption id="attachment_3329" align="aligncenter" width="225"]                  Goh Chin Heng[/caption] #PerakKini #RELA #RELASIS #KintaUtara #BukitBangkong #Chemor  

Share:

Your experience on this site will be improved by allowing cookies.